Tuesday, 20 February 2018

Merasai Makanan Korea di Restoran Mr Dakgalbi Melaka Buat Kali Pertama

Assallamualaikum.....

Setelah tiga hari berkurung di rumah sebab malas nak hadap kesesakkan lalu lintas di tahun baru cina.. Finally mummy keluar jugak rumah .. hahhaah.. Perangai sangat! Sebab spesis mummy ni spesis manusia yang  bosan hadap tempat sesak dan jem. So ingat semalam keluarlah dengan harapan takdelah jem.  Tapi hampeh.. hahha

Lokasi pertama mummy dan Min adalah ke Aeon Jaya Jusco Bandaraya Melaka. Mula-mula ingatkan nak makan sushi sebab lama dah kan tak makan.. tapi bila tengok orang yang beratur kat depan sushi tu panjang berjela-jela. So mummy dan Min terus ke Mr Dakgalbi . ( Ops jgn tanya hero-hero.. dorang pi holiday sampai lupa mummy ok. Jenguk pun idok) Sobss... Mummy majuk bawak diri..

Restoran Mr Dakgalbi

Lokasi : Aeon Jaya Jusco Bandaraya Melaka 
( Ground Floor) berdekatan dengan secret Receipe dan Chicken Rice Shop.

Ni first time mummy masuk ke Mr Dakgalbi (Maksud dia Ayam Peram) so bila tengok menu agak jakun, tak tau nak order yang mana satu. So mummy pas je kat Min , pilih je la. Mummy ngap je.. Walaupun Min pun 1st time jugak test.. Sama-sama jakun katakan.. 😝😂 hhahaha

Cheese Ring yang penuh dengan cheese. Satu lagi semua menuyang diorder akan dimasak oleh pelayan depan korang.. ala-ala steamboat giteww.. 

Mula-mula dorang akan masak Cheese Ring ni dengan Ramen

Bonus tambahan 100g cheese bagi menu ni.. Buat peminat cheese cukup sesuai sangat. 

Pilihan side dish.

Setelah bersoal jawab ngan budak pelayan kat situ.. Nilah menu yang Min pilih.. Cheese Ring ( include Ramen dan nasi)  Promotion dengan harga promosi RM 76.00 .  Menu untuk dua orang. Tapi boleh makan sampai 3,4 orang sebab lepas makan mummy dan Min overdose yang amat. Tersandar macam Ular Sawa yang lepas membaham seekor lembu., Perghh dasat tak bagi sample.. hahahha 😝


Min waktu ni dah lapar sangat sebab tu coleslow pun habis dia ngap..hahaha


Min sedang mencuba feel untuk memasak Dakgalbi ni..

Air disediakan satu botol air mineral. FREE. Tuang la berapa banyak korang nak. Siap boleh refill.  Tapi mummy order jugak Milkis Milk (RM 5.00)... nak test katanya. Cehh sekali air susu bersoda rupanya. Adoii buncit kejap perut mummy.. hahhaa Rasa hokay-hokay je susu campur soda giteww..

Kimchi oh kimchi. Kimchi ni juga kalau korang nak tahu merupakan antibiotik original yang cukup sesuai untuk badan korang. Lepas ni bolehlah makan kimchi banyak-banyak ye. hehhe

Ada jugak disediakan side dish percuma seperti Kimchi , Lobak putih dan jugak coleslow Ni boleh je refill sampai lebam. Sambil-sambil tu korang boleh je request sambal dia.. katanya pedas tapi mummy rasa biasa-biasa je.

Ni Cheese Ring yang dimasak bersama nasi pulak..

Okay berbalik kepada Cheese Ring ni.. Segala isi kandungan menu ni dimasak diatas meja korang oleh pelayan. Boleh refer gambar kat bawah. Rasa dia.. perghh manis. Tetiba rasa macam dok kat Kelantan. Hahhaa 😝😂 Tapi manis yang sedaplah.. Korang boleh cuba. Sebab lepas makan terus rasa awet muda sebab kemanisan terus meresap ke wajah korang.. hahhaa puihh!


Full house. Yang peliknya dorang ni semua badan-badan halus yang pi makan. Tapi meja penuh dengan pelbagai menu. Isi tang mana oiii.. Kami makan pun dok mengah sampai nak jalan pun tak larat. hhaha

Muka kekenyangan. Dok lepak kat food court pulak pekena kopi. Mummy laa..nak jugak minum ayaq panas ..

Apa-apa overall okaylah.. Nak merasakan hahaha . So selagi tak cuba selagi tu tak tau apa dia punya rasa  kan.. So bila dah cuba baru puas hati. Apa-apapun review ini ikhlas dari hati tanpa hasutan dari anasir-anasir luar , tekak merasa .. hati meluahkan.. aicehhhh.. .. hahaha Adios.. 

Thanks for Reading! Wassallam..