Sunday, 31 December 2017

Anak Ayam Warna Warni ( Childhood Memory)

Assallamualaikum...

Dulu mummy pernah beli ayam color2 ni sorok2 ngan cousin kat Pasar Tani kat area umah tok kat Teluk Intan.  Pastu masukkan dalam kete.. separuh jalan mama tanya " awat macam bunyi ayam je dlm kete ni..." Mummy dah kecut... sehabis baiklah kecutkan diri . Macam anggur jadi kismis tu.. haha 😂 



Sampai je umah tok.. apalagi keluarlah anak2 ayam yg comel2 ni dari dlm bonet kete.. apalagi! Pok pek pok pek lah mama .. Mama cakap "hah! Patutlah mcm bunyi anak ayam dlm kete tp semua diam je.. " hahhaha.. 

Tapi mama kata takleh bawak balik Penang,  mau kojol ayam tu dlm kete kang , so tinggallah ayam ni kat rumah Mak Lang. Bila balik kampung sekali lg, tengok anak ayam color2  dah berubah jadi ayam daging warna putih yang montok!... huh! Tak puas hati sunguh color dia dah hilang.. hahhaa

Apa2pun riwayat ayam2 ni tak lama. Didalam periuk kecundang jua. Selamat dihidang sebagai gulai ayam tuk seisi keluarga...hehehe (tapi waktu tu tak ingat apa perasaan dia. Sedih ka gumbira.. #lupaingatansat

Geng sekutu cousinku Kak Madiah.. hahaa kalo ada lagi meh kita borong buat perusahaan ayam belakang umah.. 😝

Thanks for Reading! Wassallam.. 

Thursday, 21 December 2017

Kitaran Hidup di Hari Lahirku

Assallamualaikum....

Dah langkau satu hari usia mummy arini.. 20 Disember kan birthday mummy...Lupa la tu. hehhehee (Cehh memang takde sapalah nak ingatkan..hang ingat hang retis!..haha :P)

Rabu 20 Disember 2017

Genap usia mummy ..tut tut tut.. Ok mummy dah tua. Wrinkle semakin membiak dengan jayanya. Dah mula tak ingat tarikh  birthday dan kadang-kadang hampir lupa dah makan ke belum, hahaha ( Lupa-lupa pun tak kurus jugak) ..Simpthom tua dah makin hampir. Rambut pun dah makin gugur dengan jayanya. hahaha  Semalam tiada apa yang istimewanya. Pagi pergi check-up , nurse wish birthday. Sehari sebelum check-up gaduh dengan bos sebab dia merungut asyik pergi check up je katanya. #boskejam

Balik makan bungkus sebab hidup bujang (hero-hero dengan daddy dorang) , balik keje makan maggi ramen. Layan kucing yang asyik minta diberi perhatian dan kasih sayang. adoii drama sangat kucing mummy ni tau! Gitewlah kitaran hidup dihari lahirku.:p

Doodle gambaran kitaran dan juga perasan birthday gurl giteww..phewww

Kadang-kadang terfikir gini gamaknya bila mummy dah tua kan.. Duduk sorang-sorang , makan bungkus  dan layan kucing! hahahaa #thinkfuture katanya..hahaha :P Hero kecik pulak jarang nak duduk berjauhan dengan mummy , tapi lepas mummy suruh dia duduk asrama terus kecik hati. (dia dapat offer duduk sekolah berasrama) . Tapi mummy acah je.. Eksen sikit tu pun dah majuk.. oh! anak mummy dah bujang rupanya makin sensitif. Balik kampung baru ni pun Tok dengan Wan puji sangat behave balik kali ni.. Kembang setaman anak mummy.

Thanks buat  family , hero-hero, kengkawan dan BBF wish ( ada 2 orang BFF tak wish, orang dah bahagia mana nak wish mummy kan) sobbssss gitewlah gamaknya kehidupan kan. Akan tiba satu nanti cepat atau lambat kita pasti akan dilupakan ( emosi sikit lepas tengok Movie COCO kat panggung aritu..Best weiii! ) Dah tengok cerita tu korang akan paham erti diingati dan disayangi . Gitewwww!

Apa-apapun tahun ni asyik emosi sikit entah kenapa.. Simptom penyakit mummy kot gamaknya. hahaha Apa-apa pun azam birthday kali ni mummy kepilkan dihati mummy. Masukkan dalam peti besi. Kemudian kunci!  Moga-moga ianya tercapai Amin. Moga kebahagian menjadi milik kita selamanya. Amin

Thanks for Reading! Wassallam


Lunch di Islamic Restaurant Pte Ltd Singapore

Assallamualaikum...

Masa yang dinanti telah tiba.. Yeahh! Waktu makanlah.. Setelah penat menjelajah National Gallery Singapore dari level 1 hingga 5 dan setiap ruang pameran kitaorang masuk... penat mula menerjah. Perut pulak berlagu riang.. 

Bos kata ada orang nak belanja .. fuhhh selamat duit mummy.. keh keh keh.. Yelah trip kali ni tak boleh claim langsung. Millage mahupun elaun harian. Mula-mula ingat malas nak pi, tapi takut bos dok berletiaq  .. pergilah jugak mummy meninggalkan hero2 debab dan lonjong mummy tu.. keh keh keh 😝

Ok citer sikit pasal lokasi lunch kitaorang ni.. Katanya Restoran Islamic ni pemes dengan keenakkan nasi beriyaninya . Katanya sedap! Sampai bos tak kasi order side dish la, katanya nak menikmati keenakkan nasi tu.. cehhh mummy tak kira.. kena marah lagi mummy tambah order.. hahaha Puding Caramel.. dappp weii! Tiada dessert suramlah donia.. hahahha

Sebahagian hidangan untuk hari itu..

Islamic Restaurant Pte Ltd ni telah dibuka sejak tahun 1921 oleh Mr. Abdul Rahim , Master Chef oleh keluarga Alsagoff. Kat diinding restoran tu juga korang boleh nampak pelbagai gambar-gambar keluarga dan VVIP yang pernah makan kat situ..  Malahan restoran ni juga telah mendapat 4-5 bintang oleh tripvisor.. So korang kenalah cuba makan kat sini kalau menjejakkan kaki di Singapore.

Islamic Restaurant Pte Ltd

Lokasi :
 745 North Bridge Road , Singapore. 

Masa Operasi : 
10 pagi- 10 malam
( dibuka setiap hari)

Lunch kali ni ditaja oleh duta Findland. Nasib baik orang belanja kalo tak , tak tau la mampu ke tak nak makan kat situ.. Sepinggan Nasi beriyani berharga lebih kurang 11 usd .. perghh dalam RM 35++ la duit Malaysia..  Tak masuk dessert yang mummy order tu.. hehe 😂 Garu kepala! Tapi kalo sekali sekala boleh la kan.. Apa salahnya.. hehhee #pinjammataje

Licin baqhang!

Geng-geng kuat makan dan kaut makan...keh keh keh :p

So kalau korang kesini bolehlah cuba. Rasa dia .. ermmm sedap! Posion pun besar. Boleh share 2 orang. Tapi disebabkan mummy dan kawan-kawan kebulur , semua sorang sepinggan. Licin! Hhehehe..

Selamat Mencuba! Thanks for Reading.. Wassallam..

Wednesday, 20 December 2017

Lepak Pantai Puteri Melaka dengan Hero-hero

Assallamualaikum...

Benda paling buntu buat mak-mak macam mummy ni pabila tibanya musim cuti sekolah adalah anak-anak dok lepak main games , layan you tube takpun baca komik kat rumah. Mummynya pulak busy yang amat dan tak sempat bawak anak-anak bercuti. Fuhhh! runsing nak oiii...

Tahun ni mummy masih tak plan nak pergi mana-mana, hujung tahun adalah musim simpan duit sebab heo kecik dah naik form 1. Banyak keperluan yang perlu difikirkan. So fikir nak bercuti tu akan muncul last-last minit je..So bagi nak menghilangkan runsing dihati, paling murah dan mudah bawak hero-hero meronda area Melaka sahaja. Nasib baiklah Melaka ni kecik. Senang nak meronda. Ada pantai , ada bangunan-bangunan bersejarah  dan macam-macam la ada kat Melaka ni..kannnn

"Siap! Lagi 15 minit mummy hon keluar rumah..." 

hah! Macam tu la arahan seorang mummy buat kat hero-hero mummy bila nak ajak keluar.
Mummy ni bukan boleh plan..kang ada je keje last minit muncul kat opis. So jangan plan. Melainkan mummy dah amik cuti.

Hampir pukul 5.30 petang jugaklah mummy sampai. Hero-hero tak mandi just lepak-lepak je tepi pantai. Posing-posing layan perasaan. Niat asal nak mandi dan makan ice cream roti tu..tapi Eh! dorang takde lah pulak..frust!




Muka hero-hero yang bosan sebab ice cream tak muncul...hahh saboo je la.. Suh posing pun muka macam nak makan orang..hahaha


Dok lepak atas titian batu. Dengan kasut tinggi dan baju kurung mummy melangkah..Stress je hero-hero mummy melayan mummynya.. kena tolong angkutkan kasut tinggi mummy, kena pegang tangan mummy hahhaha Untung mummy ada hero-hero..hehehe

Walaupun muka masam layankan mummy, dorang buat je... Tak pernah tak buat, tak pernah tak tolong.. Sejuk je perut mummy mengandung..hehe 
 Ala mummy kena selfie ker..? hahahaha Kena! Wajib! hahaha

 Mummy and the gang's
Second Trip!

Kali ni kawan mummy Min nak ikut sekali. Masa masih diwaktu yang sama. Waktu balik keje. Tapi kali ni sempatlah makan durian tepi pantai ngan hero-hero sementara menunggu kawan mummy , Min yang nak join sekali. Hero-hero pun plan nak mandi kali ni, lepas bosan katanya..

Mula-mula hero-hero nampak macam segan sikit sebab kawan Mummy , Min ada bawak kawannya yang datang dari KL yang menguruskan anak perempuannya mengambil exam MRSM kat Alor Gajah. So joinlah kitaorang sekali...Malu sekejap je, dah jumpa air, jumpa Aish dan Ian ( Kali pertama hero besar jumpa dorang) tapi lepas tu ok.. Seronok tengok dorang main air. 4 perempuan 4 lelaki ..adoi! Tapi yang pompuannya halus-halus, main air pun kat bibir pantai..


 Main air


Tengok tu sakan main ayaq ... Apa-apa pun tak kira dekat ker jauh ker, selagi anak-anak dan keluarga ada disisi pasti keadaan jadi lebih menyeronokkan. Tak perlu berbelanja mahal untuk trip yang mahal-mahal. Jalan-jalan kat area rumah pun dah cukup untuk membahagiakan anak-anak.. kann Happy Holiday Uols!

Thanks for Reading! Wassallam


Tuesday, 19 December 2017

Ride4Heart 2017 Aktviti Berbasikal Sekitar Melaka

Assallamualaikum..


" Eh! Betul ker mummy nak naik basikal ni.. Baru ronda-ronda dekat rumah pun dah kelam kabut.. hahhahaa" Hero Kecik dan Hero Besar gelak berirama bersama-sama. puihhhhh...!:P

Hah tulah reaksi pertama hero-hero mummy bila kali pertama mummy cakap mummy dah registerkan  dorang tuk Program Berbasikal "Ride 4 Heart" kat opis mummy. Termasuklah sekali mummy. Adoii! jenuh kena gelak tau.. hampeh  betui anak mummy ni..aahahha

Actually dorang ni memang dah paham sangat dengan "fobia" mummy yang takut naik kenderaan tak berpintu ni. hhahaha (tapi jangan tak tau , dulu-dulu mummy pernah bercita-cita nak jadi bikers kental! kunun je la tapi harapan itu punah kerana fobia mummy) hahaha. Naik basikal tanpa pintu pun dah gelabah bewak..:p apatah lagi nak jadi bikers kental.. Mimpi disiang hari la, nak tekan clucth pun tak sampai..hahhaa Tapi kali ni mummy tak kira mummy nak lawan jugak rasa takut mummy. Ada mummy kisah..tapi pakai basikallah dulu na..hahaha 

18 November 2017

Seawal 6.45 pagi kitaorang dah terpacak kat depan Muzium Rakyat. Excited mummy dan hero-hero nak menunggang basikal.  Dorangla paling excited , mummy ni dalam hati dup dap dup dap macam nak tercabut nyawa. Ni kalau cakap dengan hero -hero mummy confirm kena gelak besar.. Fuhh.. Bertarung dengan emosi nampak gayanya mummy pagi tu.. #mummyNebesDekNonOii!

Start kul 8.00 pagi, perkarangan Muzium Rakyat semakin ramai. Ada yang berbasikal sendiri dan  ada juga yang memilih  cara mudah menggunakan basikal yang disediakan oleh pihak KSK. Macam mummy! Sewa je...Kan sonang. Tak muat kete mummy nak masukkan 3 biji basikal oiiii..hehhee

Mummy ngan hero-hero..

Mummy ngan hero besar...

Mummy dan kengkawan opis mummy.. Basikal pink tu mummy punya...Pink kan pemangkin semangat! keh keh keh :p

Kat belakang tu dorang tengah register tau..Dapat t-shirt yang mummy pakai , dan goodies bag (Roti , 100 plus, gula-gula dan coklat) .. Yang lagi best pendaftaran hanya RM 15.00 . Murah gilosss kann..!

Dah pilih basikal, semua berkumpul.. Flag pun dilepaskan jam 7.50 pagi oleh bos mummy. Jalan masih lenggang, hati masih girang. Emosi stabil, gaya santai.. Dari Muzium Rakyat di Jalan Kota Melaka merentas Jonker Street, Tengkera dan seterusnya  Limbongan . Kat Limbongan kitaorang berhenti sekejap untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka-mereka yang susah dan kurang upaya. 


Flag dilepaskan. Hip Hip Horay!



Muka-muka  ceria diawal permulaan.. satg hampa tengok muka kat penamat! adoiii boleh pitamm.. nak nak mummy..hahaha :P

Ride 4 Heart ni merupakan sebuah aktiviti Kelab kebajikan di office mummy bagi menjalan aktiviti riadah yang sihat disamping menyumbangkan sumbangan ikhlas kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan disekitar Melaka.

 Lokasi pertama di Limbongan Melaka

 
Ni adalah keluarga-keluarga yang menerima sumbangan. Actually ada lagi gambar, tapi malas nak upload. Kang upload mau 5 entri mummy taip.. hhehee

Meredah kampung , jalan raya merupakan satu pengalaman baru buat mummy yang penakut untuk menaiki kenderaan tak berpintu ni...hahaha.. Tapi kalo berpintu mummylah juara.! patutlah saman bersusun..keh  keh keh :p

Kelakar pulak tengok muka hero besar. Dah penatlah gamaknya tu. Mummy pulak dah jauh tertinggal dibelakang.Yelah nak dibandingkan dengan hero-hero yang hari-hari naik basikal, confirmlah mummy tertinggalkan... huaaaa

 Merentas sungai dengan jambatan kampung. 

Yeahhh! Finally kitaorang sampai jugak di kemuncak jelajah berbasikal ini di Muzium Kapal Selam.. Nampak nampak mummy yang tertinggal nun dibelakang. sabooo jelah...



Bergambar beramai-ramai dihadapan Muzium Kapal Selam Klebang Melaka. Tapi bukan habis kat sini je tau, kitaorang kena kayuh balik ke Muzium Rakyat dimana kitaorang bermula.  Waktu bergambar ni ramai, nak balik dah tinggal separuh. hahhaa Banyak yang pancit dan menumpang Van JPAM , 4x4 Escort dan ada juga yang terus kayuh balik ke rumah.. 

Mummy pulak sempat merasa terlanggar kereta orang. Fobia punya pasal tengok kereta kiri kanan dan tak mampu balancekan basikal dan badan melalui jalan-jalan yang sempit . Takpe amik pengalaman kan. Lepas ni boleh praktis lawan fobia tu..Apa-apa pun aktiviti ni memang best! Moga lepas ni akan ada lebih banyak aktiviti-aktiviti outdoor macam ni. Barulah mummy lebih bersemangat. Nak nak boleh bawak hero-hero sekali, barulah ikatan kekeluargaan itu lebih erat dan kukuh... Takdelah lagi istilah mummy pergi keje anak duduk rumah layan you tube atau komik je ..kannnnn.... 

Thanks for Reading! Wassallam

Friday, 8 December 2017

Hotel budget di Melaka Costa GuestHouse and Spa Melaka

Assallamualaikum..

Melaka sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian yang cukup popular terutamanya apabila tibanya musim cuti sekolah. Terutamanya bagi pelancong dari Singapura , Johor , Kuala Lumpur , Selangor malahan negeri-negeri dibahagian utara juga tidak terlepas daripada melawati negeri  Melaka ini yang terkenal juga sebagai Bandaraya Bersejarah dan Bandaraya UNESCO . 

Disajikan dengan pelbagai tarikan pelancongan  seperti tinggalan bangunan-bangunan bersejarah , masyarakatnya yang berbilang kaum ( Baba Nyonya , Chetti, Portugis, Baba Nyonya , Melayu, Cina dan India) , Bangunan Stadthuys, Clock Tower, Istana Kesultanan Melayu Melaka, Memorial Kemerdekaan , Jonker Street , Bukit St Paul, Kota A Famosa dan pelbagai lagi. 


Baru-baru ini mummy dan hero-hero telah menginap di sebuah guest house yang terletak ditengah-tengah Banda Hilir memandangkan keesokkan harinya mummy perlu menghadiri aktiviti berbasikal di office mummy.  Alasan perlu menghadirkan diri seawal 6.30 pagi di lokasi dimana aktiviti basikal bermula, saja je mummy membawa hero-hero menginap disitu. Saja memberi mood seronok kepada anak-anak.Malam tu sempatlah jugak mummy lepak kat Dataran Pahlawan dan ke Uptown Pahlawan yang berhadapan dengan Taming Sari tu.Jalan kaki je okay... Seksa nak hadap jem kalau hujung minggu kat area ni.  So kalau mummy stay kat sini boleh jalan kaki je ke muzium . Senang sikit. Lagipun harga kat sini cukup berpatutan.


Hadapan Costa Guest House and Spa . Terletak bersebelahan Bee Museum dan berhadapan dengan Updown Side House Melaka .

Pintu masuk Costa Guesthouse and Spa yang penuh kehijauan.

Kaunter pendaftaran /receptionist

Bukan itu sahaja lokasinya yang terletak di tengah-tengah kesibukkan dengan kepelbagaian produk pelancongan , Costa GuestHouse and Spa merupakan pilihan yang cukup sesuai .Strategik! Disajikan dengan kepelbagaian kemudahan disekelilingnya seperti Uptown Bazaar pada Sabtu dan Ahad, Taming Sari, Muzium Kapal Flor De La Mar , Muzium Istana, Jonker Street dan Pasar Malam Jonker Street ( Jumaat , Sabtu dan Ahad) , River Cruise , Bangunan Stadhuys , Mahkota Parade , Dataran Pahlawan dan pelbagai lagi tarikan pengunjung yang hanya memerlukan 5 hingga 10 minit sahaja jarak perjalanan samada berjalan kaki mahupun berkenderaan. 

Ok jom kita intai antara bilik-bilik yang ada disini.Oh! lupa nak bagitau , Costa Guesthouse dan Spa ini juga mempunyai beberapa bilik spa ditingkat bawah dan tingkat atas. So kalau korang penat berjalan mengelilingi Melaka boleh mendapatkan khidmat urutan kat sini. Ok ni antara bilik-bilik spa yang terdapat kat sini.

Yang ni kat tingkat bawah sekali. Boleh urut kaki. Ruang menunggu pun luas.

Ni tempat cuci kaki sebelum urutan kaki dilakukan.

Ni untuk bilik spa pasangan untuk suami isteri .

Ni untuk bilik seorang


Costa Guesthouse dan Spa ini merupakan sebuah guest house yang selesa , bersih dan harganya cukup  berpatutan .Malahan bilik yang terdapat disini berkonsepkan spa yang cukup mendamaikan. 


Terdapat 4 Jenis Bilik di Costa Guess House dan Spa ini. Antaranya :-


1. Deluxe Room ( King Size)

Weekdays : RM 100.00
Weekends : RM 120.00


Katil King.

Hanya bilik jenis Deluxe sahaja disekalikan dengan bilik air dan tandas. 

2.Standard Room ( Queensize + Bath Tup)

Weekdays : RM 60.00 - RM 70.00
Weekends : Rm 80.00 - RM 90.00









3.Standard (Single Twin)

Weekdays : RM 60.00- RM 70.00
Weekends : RM 80.00- RM 90.00




4.Family ( Queen Size + 2 Single Matress)

Weekdays : RM 100.00
Weekends : RM 140.00



Untuk pengetahuan korang juga bilik-bilik yang terdapat disini tidak disertakan dengan tandas tetapi hanya disambungkan dengan bilik mandi sahaja.  So tandas terdapat diluar bilik. Agak pelik tapi tulah mummy pun tak pasti kenapa. Tapi takdelah jauh sangat dengan bilik. tak sempat tarik nafas dah jumpa tandas.


Tandas di luar.

Koridor/Ruang berjalan kaki

Ruang menonton televisyen juga tidak disekalikan didalam bilik bagi memberi mood yang lebih selesa kepada pengunjung yang tinggal disini.

Untuk Maklumat Lanjut dan Pertanyaan mahupun tempahan boleh menghubungi :


Pn. Faridah Binti Ismail

016-896 5116 / 016-332 5449

Lokasi: 
Costa Guess House and Spa 

Jalan PM7, Plaza Mahkota ,
75000 Melaka
Tel : 06-281 666 Ext 8260


Waktu Operasi : 
12.00 pm- 12 .00 malam


 Thanks for Reading! Wassallam.