Sunday, 31 January 2016

Dinner di Huang -Di Restaurant I A Famosa Resort

Assallamualaikum...

Tahun ni tahun monyet..hahhahaha..korang agak-agak kenapa mummy gelak .. hah?! sebabnya ni tahun mummy , so mummy kenalah cuba Chinese Food kat Huang -Di Restaurant ni.. ehhh ada kena mengena ker? Kawan-kawan cina mummy cakap tahun ni mereka yang lahir pada tahun monyet akan dapat luck atau pun 'Ong'.. Contohnya naik pangkat la, bermimpi disiang harilah nak naik pangkat.. naik pangkat nenek tuk cucu-cucu berekor mummy tu adalah..hahhhaa manalahh ada naik pangkat,  naik berat badan ada la.. tu yang sebenarnya mummy nak simpulkan . Sila jangan nak gelak sangat ea..babab kang!

So bagi nak menambahkan berat badan mummy... kenalah dinner kat sini. Chinese Food. 1st time mummy rasa makanan Chinese Food ni.. Okay sini halal ye. So Don't Worry! Nak masuk restaurant ni kenalah melintasi pintu masuk ke Old West aka Cowboy Town ni. Maksudnya sebelum jalan-jalan kat Cowboy Town kenalah makan kat sini dulu. hehhehehe

 
 Masing-masing sedang menanti makanan. Lapo gamaknya muka sorang-sorang especially yang tengah pegang kamera ni. Tu dah biasa...Mulut 24 jam lapooo..

 
Ruang dalaman Huang -Di Restaurant
 

Sempena Tahun Baru China yang bakal menjelang tiba ni, pihak A Famosa ada menawarkan beberapa pakej yang ditawarkan mengikut jumlah  orang yang nak makan. Especially tuk program malam Tahun Baru China iaitu Makan Besar. Seriously ianya semurah RM 198 ( Harga Asal 258)  yang sesuai tuk 4-5 orang makan dan yang paling ramai untuk 10-12 orang makan dengan harga RM 788   setiap pakej ( Harga Asal RM 988). Untuk pakej RM 528 dan RM 788 ni terdapat promosi  dengan mendapat Voucher bernilai RM 108 untuk A Famosa. Rasanya memang berbaloi-baloi tu.. Complete set!

Untuk tempahan

Boleh layari Website A Famosa : http://www.afamosa.com/price-packages/

 
So masa yang ditunggu-tunggu telah tiba..Makan time! Hidangan pertama Eight Taste Seafood Soup. Pekat dan likat... so sedaplahh kalo dah bunyinya lagu tu.

Nasib baik Mukhriz duduk sebelah Fizi selamat mummy .. almaklum hero-hero ni banyak soklan pasal makanan -makanan yang dihidang .. letih aihh nak menjawab..hahahhaa

Deep Fried Seabass Sweet dan Sour Sauce

Hah..ni permulaan pinggan mummy.. jenuh nak control. Makan sejemput sejemput je.. hahhahaa :p

 
BBQ Sweet Honey Chicken . Sedap! siap ada decoration rabbit lagi tu..hehehhe :P

 
Milk Cream Fried with Tiger Prawn . Udangnya agak besar-besar belaka, cuma kalau jika tidak digoreng terlalu garing pasti akan lebih sedap.hehhee



 
Steamed Chicken with Spicy King Sauce . Ayam steam yang dibalut dengan kobis bunga.

 
Fortune Steamed Jenak Fish with Radish

 
Fried Beef with Black Pepper

 
Chilled Longan with Sea Coconut. Air Longan dan Kelapa laut ni memang terbaek. Puaslahh makan. Isi banyak, kelapa laut tuk memang penuh la.. kembung perut dibuatnya sebab! sedap sangatlahh

 
 Braised Bean Curd with Minced Chicken. Berbentuk bongkah emas yang membawa maksud 'Ong'. Sedap buat pencinta tauhu macam mummy kena pulak dilapis pula dengan isi ayam yang telah diracik halus..yummy!

 
Berposing dengan Chef Huang -Di Restaurant.. Apalagi tuk pencinta Chinese Food boleh datang makan kat sini. Sedap weii tak tipu bakhang!

Thanks for reading! Wassallam.

15 comments:

  1. Amboi, mengancam betul menu2 tu ^-^

    ReplyDelete
  2. yana pon tahun monkey jugak, tapi tang berat jugak hak naik! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh kita genglahh Yana.. bergayut la kita tahun ni..hahahhaha :p

      Kann.. tang berat je naik turunnya idak...heheheh

      Delete
  3. menarik....makanan dia pun nampak sedap. ehh tak rugi kalau makan bersama keluarga kan. trutama untuk mereka yang bakal sambut tahun baru cina tidak lama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan takat menarik .. Rasa pun sedap :)

      Kannn terutamanya bila makan besar sblm CNY tu...

      Delete
  4. sedapnya mummy ju..wat terliur jer ni..dah lah time lunch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yum yum yum! Sedap Ema.. Hahhaha apalagi cepat cari kedai makan.. Hehhee :)

      Delete
  5. Perut tgh berkeroncong... kenapa sy masuk pintu sini....

    Adeiiii.... salah pintu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaha.. keroncong untuk Anakah..? hahahhaa.. Sila Bertabah... hahaha :P

      Delete
  6. Mummy !! kenapa begini Mummy !! kenapa !!
    kenapa Mummy seksa tekakku Mummy.. kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah lah wahai Siti.. mummy tanpa senjaga telah menyeksakan tekakmu itu.. keh keh keh :P

      Delete