Monday, 18 September 2017

Hari Sukan Adam 2017

Assalammualaikum....

Hari berlalu begitu pantas sampai mummy lupa nak update hari sukan hero kecik.. Sorry adik,  mummy busy sangat packing barang nak pindah. Pindah mana? jeng jeng jeng.. Haru biru hidup mummy sekarang ni  sampai lupa nak update kisah sukan hero kecik ni sampai lupa tarikh laa .. Adoiii lupa ingatan sungguh. Tapi yang pastinya sebelum UPSR la kan.. hehhee Waktu ni , dia tengah bertarung dengan paper last UPSR ( Bahasa Cina) Doakan hero kecik berjaya menjawab semua soalan dengan tenang walaupun dia seolah-olah dah mengalah sebelum berjuang..sobsss Susah katanya.. ! Takpelah dik, mummy dah usaha hantar macam-macam kelas.. Dapat jawab atau tidak belakang kira .Yang penting dah usaha.tak gitewww. Kalau ada rezeki adik, adalah.. kalo takde nak buat camana kan. Lagipun UPSR bukan penamat kepada sebuah kehidupan  kann...

Hari sukan sekolah hero kecik ni diadakan pada sebelah petang,  hari persekolahan biasa. Bukan hari cuti ye. So mummy terpaksalah amik half day sebab rasanya tahun ni mummy dah banyak amik cuti memandangkan kesihatan mummy yang tak berapa nak baik. Kalo tak boleh mummy jadi pom pom girl tuk hero kecik dari pagi sampai petang. kikiki Pakai lak skirt tutu warna pink! oh no ! mummy cannot imagine hokay..hahaa :p


Tengok! tengok betapa bersemangatnya hero kecik nak bersukan. Dah la tahun ni,  tahun terakhir sebelum melangkah ke alam remaja gitewww.. Dah la pakai basuh lusuh tahun bila, sabaq ja la.. Dah besaq ni ikut suka dia je nak pakai baju apa.. 



Hero kecik ni rumah merah. Rumah kesayangan mummy sebab dari sekolah rendah mummy pun rumah merah tak pun rumah kuning. Dua rumah ni kerap sangat  menjadi juara. hahaa Siapa rumah merah kita geng!  hahaha #sekuturumahmerah



Game belum start. Mummy ni dok ulang alik la temankan dia.Dia buat dunno je ngan mummy. Nak nak dah jumpa geng.Hampeh tull arrr.. hhaa :p


Budak-budak yang belum start games semua melepak kat khemah tengah padang.


Nak suruh amik ganbaq punyalah susah. Tapi hasil gambar suka lah pulak.. adoii pitam mummy!


Mummy ajak posing lagi. hahhaa 


Games pertama hero kecik. Games apa nama ntah.
Games gostan belakang.Juara yooo!!


Second games . Tarik Tali.


Tak adil sungguh . Rumah merah halus-halus je pemain dia, rumah kuning ! Ya ampun bessaq yakmat!

Dah la hero kecik kang belakang sekali. Adoii besar-besar dia takdelah sebesar 

Cian anak mummy.. dok belakang sekali..

Tarik dik tarik... U can do it!


Gigih sangat tau!

Tukang support ramai nau.. Mummy pun tukang support jugak. Dok kalut-kalut jerit disebalik warna-warna..ada pulak si gelap gelemat tukang jerit.hahahha mummy lerr tu..

Dapat Naib Juara tuk games Tarik Tali..Tahniah adik!

Rumah Merah vs Rumah Kuning

Juara Games Gostan!

Jadilah dapat rangkul dua pingat tuk tahun terakhir sekolah kebangsaan. Lagipun hero kecik masuk dua games je kali ni. Dua-dua dapat pingat! Tahniah adik..Mummy proud of u..So jangan ingat orang debab takleh bersukan.. hahaha Yang penting semangat mesti kuat. Tak gitewww... Tahniah sekali lagi..Muahhhsss.. Kita jumpa kat sekolah baru tahun depan. Apa khaborr lah pulak kan..hehhe

Thanks for Reading! Wassallam..